Rusuhan Capitol, Setiausaha Pengangkutan AS Elaine Chao letak jawatan

Rusuhan Capitol, Setiausaha Pengangkutan AS Elaine Chao letak jawatan

WASHINGTON,. Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS) Elaine Chao pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai membantah insiden kekacauan dan keganasan di Capitol, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beliau anggota kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu itu.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada Isnin.

“Semalam, negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong Presiden menyerbu Capitol. Saya yakin ramai yang mengalami perkara sama, ia sangat mengganggu saya,” katanya.

Chao, 67, telah berkhidmat sejak 2017.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This