Sancho rela kembali ke City berbanding sertai United, Liverpool

Sancho rela kembali ke City berbanding sertai United, Liverpool

LONDON,. Jadon Sancho rela kembali berada di bawah bimbingan Pep Guardiola sekiranya ia jalan terbaik bagi membolehkan dia kembali ke England.

Pemain Borussia Dortmund berusia 20 tahun itu sebelum ini secara terbuka menyuarakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Dengan rundingan perpindahan ke Manchester United masih gagal mencapai kata sepakat, dia memberitahu rakannya yang dia sedia mempertimbangkan untuk kembali bersama bekas kelabnya, Manchester City jika kelab berkenaan menunjukkan minat.

United, Liverpool dan Chelsea masing-masing dilaporkan berminat bagi menandatangani bintang muda England itu yang dianggarkan bernilai 115 juta pound (RM616 juta) oleh Dortmund.

The Red Devils dilaporkan masih berada di depan dalam persaingan mendapatkan pemain itu namun dilaporkan berdepan masalah kewangan susulan pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, Dortmund menegaskan kelab itu menjangkakan pemain berkenaan akan kekal bersama mereka pada musim depan.

Sancho kembali dalam kesebelasan utama ketika melakar kemenangan 1-0 ke atas Fortuna Dusseldorf, kelmarin. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)