Setiausaha Majlis Raja-Raja, Aidiladha Disambut pada 27 Mei

HomeFeaturedBerita Semasa

Setiausaha Majlis Raja-Raja, Aidiladha Disambut pada 27 Mei

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi

Majlis Media disaran adakan pertemuan dengan platform media sosial, bendung berita palsu
Malaysia usaha jamin bekalan tenaga hingga Disember susulan krisis global – Fadillah
Hakim Jerman dibicarakan atas tuduhan gangguan seksual

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.

SUMBER,/BERNAMA