SSM LANJUT TEMPOH PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SEHINGGA 31 DISEMBER

HomeFeaturedBerita Semasa

SSM LANJUT TEMPOH PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SEHINGGA 31 DISEMBER

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 seh

Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026
Konflik Asia Barat: Umat Islam dinasihat tangguh perjalanan umrah
PM Anwar berlepas ke Ethiopia, persinggahan pertama dalam lawatan ke tiga negara di Afrika

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan tempoh pengurangan kadar kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 sehingga 31 Dis, 2026.

Dalam satu kenyataan, SSM berkata pelanjutan tempoh ini memberi peluang kepada syarikat yang layak untuk menyelesaikan kompaun tertunggak dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan di bawah kedua-dua akta tersebut.

Menerusi pelanjutan ini, syarikat yang telah mengambil tindakan pemulihan atau memenuhi syarat yang ditetapkan, layak menikmati pengurangan kadar kompaun, kata suruhanjaya itu.

Menurut SSM, pengurangan kadar kompaun ini terpakai kepada syarikat yang telah membuat serah simpan dokumen tertunggak, sedang dalam proses pembubaran, telah membuat permohonan pemotongan nama atau dikenakan tindakan pemotongan nama oleh Pendaftar serta syarikat yang telah dibubarkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan dan Maklum Balas melalui SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, atau hubungi talian telefon 03-7721 4000 atau emel [email protected].

— BERNAMA