SUKAN ASIA 2026: JEPUN TEWASKAN INDONESIA UNTUK EMAS PERTAMA SEPAK TAKRAW

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

SUKAN ASIA 2026: JEPUN TEWASKAN INDONESIA UNTUK EMAS PERTAMA SEPAK TAKRAW

NAGOYA,. Jepun menewaskan Indonesia 2-1 pada perlawanan akhir kuadran lelaki sepak takraw pada Sukan Asia Aichi-Nagoya pada Sabtu, sekali gus meraih p

Moto3: Hakim Danish bawa momentum positif dari Barcelona ke GP Portugal
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media – Fahmi
PM UK, Andy Burnham bimbang andai pemilik Manchester City jual kelab

NAGOYA,. Jepun menewaskan Indonesia 2-1 pada perlawanan akhir kuadran lelaki sepak takraw pada Sukan Asia Aichi-Nagoya pada Sabtu, sekali gus meraih pingat emas pertama negara itu dalam sukan berkenaan, lapor Kyodo News.

Pingat emas dalam acara empat sebelah itu merupakan yang ke-73 buat Jepun pada temasya berkenaan, menambah koleksi pingat terbesarnya sejak menjadi tuan rumah edisi 1994 di Hiroshima.

“Pingat emas ini adalah hasil yang diharap-harapkan oleh semua pihak yang terlibat dalam sukan sepak takraw di Jepun.

Saya sangat gembira kerana kami berjaya mencapainya pada Sukan Asia yang diadakan di Jepun sendiri,” kata Jurulatih Jepun Takeshi Terashima.

Dalam sukan pelayaran, pasangan Misaki Tsunomori dan Riho Sanematsu mengungguli acara dingi belai campuran.

Dalam sukan memanah, Junya Nakanishi meraih pingat perak dalam acara recurve individu lelaki, sekali gus memperoleh slot kuota ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya yang berlangsung selama 16 hari dan mempertandingkan 43 jenis sukan bakal melabuhkan tirainya pada Ahad.

Jepun menganjurkan Sukan Asia musim panas buat kali ketiga.

— BERNAMA-KYODO