Tiada pelancong Malaysia terkandas di Switzerland

Tiada pelancong Malaysia terkandas di Switzerland

Oleh V.Sankara

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kedutaan Malaysia di Switzerland mengesahkan tiada pelancong Malaysia terkandas di negara itu, susulan larangan perjalanan untuk membendung COVID-19.

“Kami sentiasa menyediakan maklumat terkini kepada mereka (pelancong Malaysia) mengenai keadaan di Malaysia dan Switzerland. Laman web dan media sosial kami juga sentiasa dikemas kini dengan maklumat COVID-19,” kata kedutaan dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Kedutaan menasihatkan rakyat Malaysia di Switzerland terutamanya pelajar dan keluarga mereka yang tinggal di Malaysia, sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui laman web Pejabat Kesihatan Awam Persekutuan Switzerland (FOPH).

“Mereka perlu sentiasa mematuhi semua langkah dan cadangan dikeluarkan Kerajaan Switzerland untuk mengurangkan risiko jangkitan.

“Warga asing diminta menghubungi pejabat imigresen untuk melanjutkan visa mereka, jika perlu atau memohon kebenaran keluar untuk mendapatkan penerbangan pulang ke Malaysia,” tambah kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )