HomeFeatured

Trafik di ibu negara lancar, beberapa laluan utama ditutup berkala

Kuala Lumpur: Trafik di beberapa kawasan sekitar ibu negara termasuk di kawasan yang lazimnya sesak pada hujung minggu dilihat lancar dan terkawal har

323 rakyat Malaysia di Qatar daftar untuk dibawa pulang, penerbangan dijangka minggu depan
UNICEF sambut baik kelulusan RUU Profesion Kerja Sosial 2026
Batu bersurat ditemukan di tapak bersejarah Ani, Turkiye

Kuala Lumpur: Trafik di beberapa kawasan sekitar ibu negara termasuk di kawasan yang lazimnya sesak pada hujung minggu dilihat lancar dan terkawal hari ini.

Tinjauan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) ke arah Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) termasuk Jalan Tun Razak juga mendapati trafik lancar.

Selain itu, trafik juga lancar di Plaza Tol Sungai Besi arah ibu negara dan Ampang Park.

Meskipun keadaan dilihat tenang dan terkawal ketika ini, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama anggota trafik berada di hampir setiap jalan terutama di laluan utama seperti sekitar KLCC dan Jalan Tun Razak bagi pemantauan.

Sementara itu, Rapid KL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan penutupan sementara beberapa Stesen Rapid KL bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari, hari ini atas faktor keselamatan.

Katanya, ia membabitkan stesen laluan Kelana Jaya Line: Ampang Park dan KLCC, laluan Putrajaya Line: Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park dan laluan Kajang Line: Bukit Bintang.

Bagaimanapun, stesen lain beroperasi seperti biasa dan penumpang dinasihatkan menggunakan laluan atau mod pengangkutan alternatif sepanjang tempoh penutupan itu.

Terdahulu media melaporkan, PDRM menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memasuki ibu negara sekiranya tiada urusan mustahak.

Ia susulan penutupan dan lencongan jalan secara berkala di beberapa laluan sekitar ibu negara bagi memudahkan pergerakan delegasi asing dan petugas keselamatan.

Pihak berkuasa akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

-Agensi

COMMENTS