Trump bayangkan perang Iran mungkin berakhir sebelum lawatan ke China

HomeFeaturedBerita Semasa

Trump bayangkan perang Iran mungkin berakhir sebelum lawatan ke China

ISTANBUL,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump (gambar) pada Rabu berkata terdapat "peluang yang sangat baik" untuk mencapai satu persetujuan

Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara Timur Tengah
Op Samseng Jalanan: Polis tahan remaja tunggang motosikal tanpa lesen
Abbas gesa tindakan antarabangsa hentikan serangan peneroka Israel di Tebing Barat

ISTANBUL,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump (gambar) pada Rabu berkata terdapat “peluang yang sangat baik” untuk mencapai satu persetujuan dengan Iran sebelum beliau berlepas ke China.

“Saya rasa kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk membuat perjanjian sekali lagi,” kata Trump kepada PBS, menurut Anadolu Ajansi.

Beliau berkata walaupun mencapai penyelesaian sebelum minggu depan adalah “ideal”, namun ia bukanlah satu kemestian.

Lawatan negara Trump ke China dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 15 Mei ini di Beijing.

Bagaimanapun, Presiden itu memberi amaran sekiranya rundingan gagal, Washington akan “kembali ke cara lama,” merujuk kepada tindakan menyambung semula kempen pengeboman secara besar-besaran.

–BERNAMA-Anadolu