Trump dakwa kompleks ketenteraan besar sedang dibina di White House

HomeFeaturedBerita Semasa

Trump dakwa kompleks ketenteraan besar sedang dibina di White House

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata sebuah kompleks ketenteraan besar sedang dibina di White House, lapor Sputnik/RIA Nov

Perjanjian buka semula Selat Hormuz mungkin dicapai tidak lama lagi – Trump
Jurang pendaftaran OKU terlalu besar, banyak tercicir intervensi awal
Singapura ikrar tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat terlibat jerebu

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata sebuah kompleks ketenteraan besar sedang dibina di White House, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Anda tahu, minggu lepas saya mula membina kompleks ketenteraan besar ini. Ia merangkumi pelbagai perkara dan ada antaranya yang saya sendiri tidak boleh perkatakan,” kata Trump ketika berucap kepada penyokongnya di Las Vegas.

Selepas kembali memegang jawatan, Trump memulakan projek pengubahsuaian besar-besaran di White House, termasuk merobohkan Sayap Timurnya untuk membina dewan besar baharu untuk majlis resepsi besar.

Menjelang Mac 2026, kos pembinaan dewan berkenaan dianggarkan mencecah AS$600 juta.

Pada Julai, pemimpin AS itu mengesahkan bahawa tapak pendaratan helikopter sedang dibina di South Lawn White House menerusi projek yang dibiayai oleh Sikorsky, anak syarikat Lockheed Martin.

SUMBER;

–BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI