TRUMP TANGGUH TARIF 50 PERATUS KE ATAS KANADA SELAMA TIGA HARI

HomeFeaturedBerita Semasa

TRUMP TANGGUH TARIF 50 PERATUS KE ATAS KANADA SELAMA TIGA HARI

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Selasa berkata beliau menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif 50 peratus ke atas b

KAPAL TENGGELAM DI LAUT JAWA: TIGA LAGI MAYAT DITEMUKAN
Malaysia kecam sekeras-kerasnya kelulusan 34 penempatan haram baharu Israel
TIBI: Melaka tingkat pengawasan penularan penyakit tuberkulosis

WASHINGTON,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Selasa berkata beliau menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif 50 peratus ke atas barangan Kanada selama tiga hari menjelang tarikh akhir tengah malam, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya telah menangguhkan tarif 50 peratus ke atas Kanada yang dijadualkan berkuat kuasa esok pagi selama tiga hari, berdasarkan hakikat bahawa Kanada dan AS, tertakluk kepada pemuktamadan dokumen, telah mencapai persetujuan!” kata beliau menerusi platform Truth Social.

Trump turut membayangkan persetujuan itu mungkin membuka semula laluan kepada projek saluran paip Keystone XL, projek tenaga rentas sempadan utama yang dibatalkan semasa pentadbiran Joe Biden sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat selepas Trump mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada Selasa, ketika beliau berusaha mencapai persetujuan bagi mengelakkan tarif dikenakan ke atas barangan Kanada bernilai kira-kira C$30 bilion (US$22 bilion).

— BERNAMA-ANADOLU