Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

HomeFeaturedBerita Semasa

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

KUALA LUMPUR,. Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Da

MINDEF perkukuh tatacara dan tatakelola, tutup ruang rasuah, salah guna kuasa
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Xi tekankan penaiktarafan perbandaran

KUALA LUMPUR,. Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu, 21 Mac,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi televisyen dan radio tempatan.

–BERNAMA