Umat Islam seluruh negara Mula mengerjakan Solat sunat terawih malam pertama Ramadan

HomeFeaturedBerita Semasa

Umat Islam seluruh negara Mula mengerjakan Solat sunat terawih malam pertama Ramadan

KUALA LUMPUR,. Malam pertama Ramadan disambut penuh kesyukuran di seluruh negara apabila ribuan umat Islam membanjiri masjid dan surau bagi menunaikan

BATIK AIR BATAL PENERBANGAN KUALA LUMPUR-JAKARTA HARI INI SUSULAN ABU GUNUNG BERAPI
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi – Exco
Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR,. Malam pertama Ramadan disambut penuh kesyukuran di seluruh negara apabila ribuan umat Islam membanjiri masjid dan surau bagi menunaikan solat sunat tarawih, menandakan bermulanya bulan penuh keberkatan yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Seawal waktu isyak, jemaah daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dilihat memenuhi ruang solat, dengan sebahagian masjid mencatat kehadiran luar biasa, mencerminkan semangat umat Islam menyempurnakan rukun Islam keempat, iaitu berpuasa pada bulan Ramadan..

Solat tarawih di masjid jemaah memenuhi setiap ruang Masjid sebahagian jemaah dilihat memanfaatkan bulan mulia ini dengan meluangkan masa membaca al-Quran sebelum.

Solat tarawih di masjid berkenaan Kehadiran jemaah di pada malam pertama tarawih mencerminkan kesatuan dan semangat kebersamaan umat Islam dalam mengimarahkan Ramadan, yang menjadi medan meningkatkan ibadah, memperkukuh disiplin rohani serta mempererat ukhuwah sepanjang sebulan berpuasa.

–GERBAGPOST