Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa

HomeFeaturedPolitik

Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa

KOTA BHARU,. Pergerakan Wanita UMNO akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa di perin

Harimau Malaya tanpa khidmat Jimmy Raymond hadapi Filipina
Fahmi seru perkukuh kerjasama media ASEAN tangani maklumat palsu
Rasionalisasi subsidi pastikan margin PMKS, daya saing Malaysia terus terpelihara – MITI

KOTA BHARU,. Pergerakan Wanita UMNO akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara terperinci pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa di peringkat sayap parti itu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata jawatankuasa itu bertujuan menyelaraskan inisiatif penyatuan bagi membuka ruang kepada bekas ahli untuk kembali menyertai parti.

“Kita akan ikut apa yang dilaksanakan oleh UMNO selaku badan induk. Apabila semua permohonan (untuk menyertai semula parti) diterima, kita akan rujuk perkara ini kepada jawatankuasa pusat yang diterajui oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini malam ini.

Noraini yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penerimaan sayap Wanita UMNO terhadap Rumah Bangsa.

Beliau mengakui sudah wujud perbincangan dan permohonan awal daripada bekas ahli Wanita UMNO untuk kembali menyertai perjuangan parti.

Bagaimanapun, perkara itu, katanya masih pada fasa awal penelitian dan belum di peringkat yang membolehkan sebarang ketetapan akhir dibuat.

–BERNAMA