Wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher

HomeFeaturedJenayah

Wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher

SEREMBAN,. Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.Ketua Polis

Pukul budak 12 tahun, polis tahan tiga lelaki
PRN Melaka: PDRM siap sedia, 3,150 anggota bakal ditugaskan
Dua kanak-kanak antara mangsa dalam kejadian bunuh di Kuantan

SEREMBAN,. Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada 11.21 malam daripada lelaki tempatan memaklumkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemukan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tangga asrama tersebut.

“Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kelaran berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan, bagaiamanapun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Johari turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

–BERNAMA