Warisan Umum Senarai Penuh Calon 1 & 3 November

Warisan Umum Senarai Penuh Calon 1 & 3 November

KENINGAU: Parti Warisan (Warisan) akan mengumumkan senarai penuh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 1 dan 3 November ini. Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, senarai calon yang bertanding di Semenanjung akan diumumkan pada 1 November manakala, calon di Sabah pula akan diumumkan pada 3 November.

Setakat ini, Warisan telah mengumumkan lapan daripada 25 calon yang akan bertanding di Sabah pada PRU-15.

Antara calon yang telah diumumkan ialah Datuk Adnan Puteh (Sipitang), Dr Daud Yusof (Kimanis), Ahmad Hassan (Papar), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Datuk Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Abdul Rashid Abdul Harun (Kudat), Datuk Jilid Kuminding @ Zainuddin (Kota Marudu).

Namun, calon di Semenanjung Malaysia masih belum didedahkan setakat ini.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan akan bertanding di tujuh negeri di Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )