Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas data pekerjaan AS bagi Jun mencatatkan prestasi lebih ren

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas data pekerjaan AS bagi Jun mencatatkan prestasi lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam menetapkan kadar faedah.

Pada jam 8.04 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0705/0805 berbanding dolar AS daripada 4.0780/0830 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jumlah pekerjaan bukan perladangan AS meningkat sebanyak 57,000 pada Jun, jauh lebih rendah berbanding unjuran konsensus sebanyak 114,000.

Beliau berkata, data guna tenaga bagi April dan Mei turut disemak semula kepada paras lebih rendah, menunjukkan pasaran buruh AS mungkin tidak cukup kukuh untuk mewajarkan kenaikan kadar faedah oleh Fed dalam tempoh terdekat.

utusan dari AS, harapan gencatan senjata terjejas
“Berdasarkan analisis teknikal, ringgit berbanding dolar AS kini berada dalam fasa terlebih jual. Ini bermakna ringgit berpotensi untuk meningkat berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat.

“Semalam, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS sebanyak 0.33 peratus kepada RM4.0805. Oleh itu, dolar AS/ringgit dijangka berada pada RM4.06 hingga RM4.07 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.4296/4430 daripada 5.4401/4467 ketika ditutup semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5214/5277 daripada 2.5295/5327 serta naik berbanding euro kepada 4.6497/6612 daripada 4.6526/6583.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.63 daripada 6.62/6.63, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.2/226.8 daripada 226.6/226.9, naik berbanding baht Thailand kepada 12.2384/2744 daripada 12.2411/2613 serta mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1483/1563 daripada 3.1517/1558 sebelum ini.

SUMBER;

–BERNAMA