KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun menerima petunjuk bercampur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun menerima petunjuk bercampur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna susulan penurunan harga minyak mentah yang mendorong jangkaan tekanan inflasi akan terus reda, kata peniaga.
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.65 mata atau 0.22 peratus kepada 1,665.48 daripada 1,661.83 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 3.90 mata lebih tinggi pada paras 1,665.73.
Sentimen pasaran secara keseluruhannya bagaimanapun negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 151, manakala 265 kaunter tidak berubah, 2,075 kaunter tidak diniagakan dan 12 kaunter digantung.
Sebanyak 155.40 juta saham bertukar tangan dengan nilai dagangan RM67.68 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekuiti AS ditutup bercampur semalaman apabila kelemahan saham sektor cip mengatasi kenaikan yang disokong oleh petunjuk pasaran buruh yang lebih lemah.
Menurut firma penyelidikan itu, harga minyak mentah Brent kekal sekitar AS$71 setong berikutan ketegangan geopolitik yang semakin reda.
“Dengan Wall Street ditutup hari ini, kami menjangka jumlah dagangan di bursa tempatan akan kekal perlahan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.84 dan CIMB menambah lima sen kepada RM7.50. Public Bank susut dua sen kepada RM4.82, Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM14.22 manakala IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM8.16.
Bagi saham aktif, Eckem Holdings yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE meningkat setengah sen kepada 12.5 sen, Notion naik tujuh sen kepada 54 sen, manakala Senheng dan Top Glove masing-masing susut setengah sen kepada 14.5 sen dan 67 sen. Velocity pula tidak berubah pada tujuh sen.
Binastra muncul kaunter paling untung dengan kenaikan 10 sen kepada RM2.16. Tradeplus, Hong Leong Bank dan Hong Leong Financial masing-masing meningkat lapan sen kepada RM5.22, RM21.42 dan RM18.48, manakala Press Metal menambah enam sen kepada RM7.59.
Nestle menjadi kaunter paling rugi selepas susut 52 sen kepada RM91.48, diikuti Malaysian Pacific Industries yang merosot 46 sen kepada RM47.60, KL Kepong berkurangan 24 sen kepada RM20.72, United Plantations susut 20 sen kepada RM33.28 dan UWC turun 14 sen kepada RM6.31.
Indeks FBM Emas meningkat 21.89 mata kepada 12,372.56, Indeks FBM Top 100 naik 21.50 mata kepada 12,201.13 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.54 mata kepada 12,210.59.
Indeks FBM Mid 70 meningkat 9.00 mata kepada 17,793.69, manakala Indeks FBM ACE naik 1.58 mata kepada 4,855.03.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 81.18 mata kepada 19,707.41, Indeks Tenaga naik 1.51 mata kepada 751.17 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.71 mata kepada 180.16. Sebaliknya, Indeks Perladangan susut 22.64 mata kepada 8,865.76.
SUMBER;
–BERNAMA

