PERSIDANGAN BANDAR PERSAHABATAN NANNING KETENGAHKAN AI, KESALINGHUBUNGAN DAN PELANCONGAN BUDAYA

HomeFeaturedBerita Semasa

PERSIDANGAN BANDAR PERSAHABATAN NANNING KETENGAHKAN AI, KESALINGHUBUNGAN DAN PELANCONGAN BUDAYA

NANNING,. Persidangan Koridor Ekonomi Nanning-Hanoi dan Bandar Persahabatan Nanning Belt and Road 2026 berlangsung di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang

Jangan ambil ringan tanda awal strok haba
Singapura naikkan kelayakan gaji EP, Pas S bermula 2027 – Lawrence Wong
Belanjawan 2027: KPN mohon RM550.74 juta untuk inisiatif negara bangsa

NANNING,. Persidangan Koridor Ekonomi Nanning-Hanoi dan Bandar Persahabatan Nanning Belt and Road 2026 berlangsung di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 18 Sept., dengan menghimpunkan wakil kerajaan, perniagaan dan ahli akademik dari beberapa buah negara dan wilayah.

Menurut Jabatan Publisiti bagi Bandar Nanning, persidangan itu yang bertemakan “Memperkasa Bandar dengan Kecerdasan Digital, Berhubungkan Demi Masa Depan Bersama” memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan, Terusan Pinglu serta pelancongan budaya.

Seiring perkembangan berterusan di Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, pemeteraian Protokol Peningkatan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0 serta pembukaan Terusan Pinglu, kerjasama di antara Nanning dengan bandar-bandar ASEAN memperoleh momentum baharu dalam bidang perdagangan, logistik, ekonomi digital serta pertukaran rakyat.

Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Parti Komunis China (CPC) Nanning merangkap pemangku Datuk Bandar Nanning, Zhong Dezhi, berkata Nanning berharap dapat memperkukuhkan kerjasama dengan bandar-bandar persahabatan antarabangsanya dalam aspek kesalinghubungan, perdagangan, kecerdasan buatan, kebudayaan, pelancongan serta pertukaran belia.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 hubungan persahabatan di antara Nanning dan Hai Phong di Vietnam. Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Hai Phong, Hoang Minh Cuong, berkata Hai Phong berharap dapat memperluaskan kerjasama dengan Nanning dalam transformasi digital dan logistik, di samping mempergiatkan pertukaran dalam kalangan belia serta bidang kebudayaan dan pelancongan.

Kecerdasan buatan menjadi antara tumpuan utama bagi persidangan itu, dengan peserta membincangkan peranan teknologi digital dalam mempertingkatkan tadbir urus bandar, memacu pembangunan industri serta memperkukuh kerjasama antarabangsa. Pada persidangan itu turut dilancarkan Perikatan Kerjasama Industri AI Bandar Persahabatan Antarabangsa Nanning, yang bertujuan menggalakkan pertukaran dan kerjasama industri antara bandar-bandar rakan persahabatan.

Terusan Pinglu turut mendapat perhatian utama dalam perbincangan. Terusan berkenaan dijangka memperkukuhkan hubungan di antara Nanning, pelabuhan-pelabuhan di Teluk Beibu dan pasaran ASEAN, sekali gus membuka ruang baharu bagi perkembangan logistik, perdagangan dan pelancongan.

Nanning juga sedang meneroka pembangunan produk pelancongan berasaskan terusan, termasuk laluan persiaran dengan bot penumpang serta pengalaman kebudayaan, bagi menggabungkan peningkatan kesalinghubungan pengangkutan dengan pembangunan sektor pelancongan.

Jabatan Publisiti turut memaklumkan bahawa pelancongan budaya merupakan satu lagi bidang utama kerjasama. Peserta membincangkan pembangunan laluan pelancongan, pertukaran pelawat serta program kebudayaan, dengan penekanan terhadap usaha mempereratkan hubungan rakyat antara bandar-bandar persahabatan.

Sejumlah projek kerjasama turut dimeterai sepanjang persidangan itu, sekali gus memperluaskan jaringan kerjasama Nanning dengan bandar-bandar persahabatan antarabangsa, khususnya di rantau ASEAN.

SUMBER: The Publicity Department of Nanning City

–BERNAMA