UNDANG-UNDANG BAHARU SENJATA API NEW ZEALAND BERKUAT KUASA

HomeFeaturedBerita Semasa

UNDANG-UNDANG BAHARU SENJATA API NEW ZEALAND BERKUAT KUASA

WELLINGTON,. Undang-undang baharu senjata api New Zealand mula berkuat kuasa pada Rabu, menandakan rombakan terbesar terhadap sistem kawal selia senja

Insiden kepala air: Kenderaan ditemukan, mangsa masih hilang
Kerajaan akan terus tumpu perkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi – PM
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang – Ahmad Zahid

WELLINGTON,. Undang-undang baharu senjata api New Zealand mula berkuat kuasa pada Rabu, menandakan rombakan terbesar terhadap sistem kawal selia senjata api negara itu dalam tempoh lebih 40 tahun, kata Timbalan Menteri Kehakiman Nicole McKee, lapor Xinhua.

Kebanyakan peruntukan Akta Senjata Api 2026 dan Peraturan Senjata Api 2026 mula berkuat kuasa, menggantikan undang-undang yang digunakan sejak 1983 dan peraturan yang berkuat kuasa sejak 1992 dengan sistem baharu yang bertujuan meningkatkan keselamatan awam, memudahkan pematuhan serta memulihkan keyakinan pemilik senjata api berlesen, kata McKee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Firearms Safety and Education New Zealand turut mula beroperasi sebagai badan kawal selia senjata api bebas negara itu, berasingan daripada pihak polis.

“Senjata api digunakan oleh rakyat New Zealand untuk menyediakan makanan kepada keluarga, mencari rezeki, mengawal haiwan perosak, melindungi biodiversiti, menyertai pertandingan sukan dan menikmati aktiviti luar,” katanya.

“Justeru, memastikan sistem ini dilaksanakan dengan betul adalah penting,” katanya.

Undang-undang baharu itu memperketat langkah terhadap aktiviti berkaitan senjata api yang menyalahi undang-undang, termasuk melucutkan kelayakan anggota kumpulan penjenayah daripada memegang lesen senjata api serta memperkenalkan kesalahan baharu yang menyasarkan bentuk kegiatan jenayah yang muncul.

Pada masa yang sama, undang-undang itu memudahkan beberapa keperluan bagi pemilik senjata api berlesen. Ia turut menubuhkan jawatankuasa semakan bebas bagi membolehkan pemegang lesen mencabar keputusan kawal selia.

— BERNAMA-XINHUA