KKR gesa kontraktor jangan Ali Baba projek

HomeFeaturedBerita Semasa

KKR gesa kontraktor jangan Ali Baba projek

KAJANG,. Kontraktor G1 hingga G4 yang berjaya dalam Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia 2026 bagi Z

Persidangan Antarabangsa Perlindungan Industri Sawit Malaysia – MPOB
Perlu akta khas pasaran digital tangani risiko penipuan, eksploitasi data
Abdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

KAJANG,. Kontraktor G1 hingga G4 yang berjaya dalam Majlis Cabutan Undi Tawaran Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia 2026 bagi Zon Tengah/Timur digesa melaksanakan sendiri projek itu dan tidak mengamalkan konsep Ali Baba, iaitu menyerahkan kepada pihak lain.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Azman Ibrahim berkata penerima projek cabutan undi perlu melaksanakan sendiri kerja kerana akan meningkatkan kapasiti dan kemahiran syarikat masing-masing.

“Amalan menyerahkan projek kepada pihak lain selepas berjaya cabutan undi hanya merugikan kontraktor sendiri dan menjejaskan matlamat kerajaan untuk memperkasakan keupayaan industri pembinaan tempatan.

“Siapa yang berjaya dapat projek, ambil peluang ini untuk meningkatkan keupayaan supaya kita boleh maju ke peringkat lebih tinggi,” katanya semasa berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Majlis cabutan undi yang berlangsung semalam dan hari ini melibatkan pelaksanaan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di bawah Program Mempercepat Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1 hingga G4 bagi 2026.

Sebanyak 385 tawaran kerja dengan nilai keseluruhan RM157.15 juta terlibat dalam program itu merangkumi 38 kerja Berkala Pavement dan 347 kerja Berkala Bukan Pavement di Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Skop kerja berkala pavemen termasuk mill and pave, Cold In-Place Recycling (CIPR), overlay serta pembinaan semula manakala kerja berkala bukan pavement merangkumi kerja mengecat semula garisan jalan, penyenggaraan dan pembaikan papan tanda, membina roadkerb, menyenggara dan menaik taraf longkang serta kerja-kerja berkaitan.

Proses pelawaan tender telah diiklankan melalui media sosial dan pendaftaran secara dalam talian menerusi laman sesawang syarikat konsesi penyelenggaraan jalan Roadcare (M) Sdn Bhd.

Sebanyak 8,726 penyertaan disenarai pendek daripada kontraktor yang memenuhi kriteria ditetapkan.

–BERNAMA