PRN MELAKA: DUA KERUSI DUN TAMBAHAN CABARAN BESAR BUAT MCA – Wee Ka Siong

HomeFeaturedPolitik

PRN MELAKA: DUA KERUSI DUN TAMBAHAN CABARAN BESAR BUAT MCA – Wee Ka Siong

MELAKA,. Dua kerusi tambahan yang ditandingi calon MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana d

PRN Johor: PH, BN pertaruh strategi berbeza, punyai kekuatan tersendiri
PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung Bidara
BN umum calon PRN Johor seminggu sebelum penamaan – Ahmad Zahid

MELAKA,. Dua kerusi tambahan yang ditandingi calon MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dan Bandar Hilir merupakan cabaran besar kepada parti itu untuk mendapatkan mandat rakyat terutamanya masyarakat Cina.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia menjadi medan untuk menilai sokongan rakyat terhadap parti itu kerana pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan majoritinya adalah kaum Cina dan telah dikuasai DAP sejak beberapa penggal lepas.

“Kita sedar bahawa bukan mudah untuk menawan dua kubu kuat DAP, namun kita akan berusaha keras bagi mendapatkan mandat rakyat di kawasan itu.

“Kita akan menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya dengan menggembleng tenaga dan jentera bagi meraih sokongan pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata demikian selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) DUN Kelebang Datuk Lim Ban Hong ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Klebang di sini hari ini.

Mengulas keputusan BN memberikan dua kerusi tambahan itu kepada MCA, Wee berkata pihaknya menghargai kepercayaan dan sokongan kepimpinan BN serta pandangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang menyifatkan MCA sesuai bertanding dan berpotensi menang di kawasan berkenaan.

Beliau berkata MCA sentiasa memberikan perhatian kepada rakyat Melaka termasuk semua DUN bawah Parlimen Kota Melaka walaupun kawasan itu merupakan kubu kuat DAP.

Dalam pada itu, Wee yakin Lim mampu mempertahankan kerusi DUN Kelebang berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlang dan hubungan baik dengan masyarakat setempat, walaupun berdepan saingan empat penjuru yang agak sengit.

SPR menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada hari ini dan pengundian awal pada 10 Nov.

Bagi mendapatkan berita terikini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/

— BERNAMA