TRUMP MAHU PERJANJIAN KEKAL DENGAN IRAN BAGI HALANG PEMBANGUNAN SENJATA NUKLEAR

HomeFeaturedBerita Semasa

TRUMP MAHU PERJANJIAN KEKAL DENGAN IRAN BAGI HALANG PEMBANGUNAN SENJATA NUKLEAR

ISTANBUL,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menyatakan hasrat untuk mencapai perjanjian kekal dengan Iran bagi memastikan negara

Konflik Asia Barat: Umat Islam dinasihat tangguh perjalanan umrah
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu Pada hari ini
Proses pengeluaran MyKad generasi baharu lancar, terima maklum balas positif

ISTANBUL,. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu menyatakan hasrat untuk mencapai perjanjian kekal dengan Iran bagi memastikan negara itu tidak dapat membangunkan senjata nuklear, termasuk selepas pertukaran pentadbiran di Washington.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Trump dalam wawancara menerusi telefon dengan Fox News berkata pendekatan itu dibuat berdasarkan apa yang disifatkannya sebagai kegagalan berulang Iran untuk mematuhi perjanjian yang dimeterai.

“Kita membuat perjanjian, tetapi keesokan hari mereka melanggarnya,” kata Trump sambil menegaskan bahawa sebarang perjanjian baharu mesti menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear tanpa mengira siapa yang menerajui Rumah Putih pada masa depan.

Beliau turut menegaskan bahawa pentadbiran AS pada masa depan tidak seharusnya mengubah dasar berkenaan sehingga membuka ruang kepada Iran untuk memperoleh senjata nuklear.

Mengulas dakwaan bahawa Washington sedang berusaha menukar rejim di Tehran, Trump berkata pentadbirannya sudah berurusan dengan tiga kumpulan kepimpinan Iran yang berbeza.

“Kami kini berurusan dengan kumpulan ketiga, jadi anda boleh menganggapnya sebagai perubahan rejim yang paling menyeluruh,” kata Trump.

Beliau menyifatkan barisan kepimpinan Iran ketika ini sebagai “mungkin lebih munasabah”, namun mengakui rundingan dengan mereka masih sukar.

— BERNAMA-ANADOLU