
Bayern aibkan Barcelona 8-2
LISBON,. Bayern Munich memalukan Barcelona 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara sebentar tadi di Lisbon bagi mencipta potensi berdepan Manchester City untuk tempat di final.
Thomas Mueller dan Philippe Coutinho masing-masing meledak dua gol ketika juara Jerman itu membelasah Barca dengan persembahan hebat.
Kekalahan teruk itu juga menimbulkan persoalan serius mengenai masa depan Lionel Messi di Sepanyol.
Ivan Perisic, Serge Gnabry, Joshua Kimmich dan Robert Lewandowski juga menemui sasaran buat Bayern.
Gol Barca hadir menerusi jaringan sendiri David Alaba dan gol babak kedua Luis Suarez.
– AFP