
Aksi Liverpool menentang Arsenal sukar
LIVERPOOL,. Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp percaya perlawanan Perisai Komuniti menentang Arsenal akan menjadi aksi yang ‘sukar’.
Namun, dia berpuas hati dengan persiapan untuk perlawanan itu menerusi persembahan anak buahnya pada kem latihan di Austria dan akan pulang ke Melwood bagi meneruskan persiapan sebelum beraksi pada perlawanan Perisai Komuniti, malam esok.
“Saya sangat gembira kerana sejujurnya, kami tidak berfikir untuk mengadakan latihan. Tetapi terima kasih kepada Ray Haughan dan Phil Holliday serta Onside yang menjadi penganjur. Ia kem yang menakjubkan yang tidak pernah dibayangkan sesiapa sebelum ini.
“Keadaan tidak begitu baik apabila ada beberapa kecederaan namun ia kurang baik kepada pemain kerana kalau boleh, kami mahu semua pemain terbabit dalam pramusim.
“Tetapi apa yang kita boleh lakukan dengan majoriti pemain sememangnya sangat membantu kita. Ini sangat penting kerana kita akan menentang Arsenal.
“Sudah tentu perlawanan itu nanti akan sukar buat kita,” katanya.
The Reds mengharungi dua aksi persahabatan di Austria yang menyaksikan mereka menang 3-0 ke atas Stuttgart sebelum terikat 2-2 dengan Salzburg.
Aksi Perisai Komuniti akan menjadi tirai pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum aksi pertama berlangsung 12 September ini.
– AGENSI