KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, pulih daripada penurunan semalam apabila aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpi
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, pulih daripada penurunan semalam apabila aktiviti pembelian saham murah dalam saham mewah terpilih membantu mengangkat sentimen pasaran, kata penganalisis.
Pada jam 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.55 mata atau 0.27 peratus kepada 1,684.47 daripada 1,679.92 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks utama dibuka 2.11 mata lebih tinggi kepada 1,682.03.
Sentimen pasaran secara keseluruhan kekal positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 208 berbanding 142, manakala 244 kaunter tidak berubah, 2,146 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.
Jumlah dagangan setakat ini mencecah 128.79 juta saham bernilai RM85.64 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman apabila pelabur mengambil untung dalam saham teknologi, perindustrian dan bahan asas susulan rali baru-baru ini.
Beliau berkata sentimen serantau pula kekal rapuh dengan Indeks Hang Seng Hong Kong susut dalam persekitaran kelemahan berterusan ekuiti China dan keyakinan pelabur yang semakin berkurangan.
Thong berkata, kebimbangan mengenai perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran, selain penjualan semula saham teknologi AS, turut menjejaskan sentimen di seluruh pasaran Asia dan mendorong aktiviti pengambilan untung dalam kaunter berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta semikonduktor.
“Walaupun sentimen berhati-hati, penilaian yang menarik dalam saham mewah terpilih boleh memberi sokongan kepada pasaran tempatan.
“Kami menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,675 hingga 1,690 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maxis menambah 4.0 sen kepada RM3.28, IOI Corporation dan Gamuda masing-masing naik 5.0 sen kepada RM4.35 dan RM4.39, CelcomDigi meningkat 3.0 sen kepada RM2.68, manakala SD Guthrie melonjak 6.0 sen kepada RM6.14.
Bagi saham aktif, Dagang Nexchange dan GIIB masing-masing menokok setengah sen kepada 43 sen dan 44 sen, AirAsia X naik 1.0 sen kepada RM1.32, Pentech susut 1.5 sen kepada 31.5 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 13.5 sen.
Bagi kaunter paling untung, Nestle meningkat 76 sen kepada RM95.76, F&N melonjak 46 sen kepada RM28.36, United Plantations menambah 28 sen kepada RM33.24, manakala UWC dan Hong Leong Financial Group masing-masing menokok 20 sen kepada RM6.30 dan RM18.52.
Antara kaunter paling rugi, Dutch Lady Milk Industries susut 58 sen kepada RM31.92, Kuala Lumpur Kepong merosot 28 sen kepada RM21.32, PPB berkurangan 9.0 sen kepada RM9.32, manakala Frontken dan KESM masing-masing menguncup 7.0 sen kepada RM4.83 dan RM3.83.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 31.18 mata kepada 12,471.85, Indeks FBM Top 100 meningkat 31.12 mata kepada 12,308.36, Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.80 mata kepada 12,342.28, Indeks FBM Mid 70 melonjak 36.11 mata kepada 17,814.83 dan Indeks FBM ACE naik 9.91 mata kepada 4,729.59.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.85 mata kepada 19,828.03, Indeks Tenaga naik 2.35 mata kepada 749.81, Indeks Perladangan menambah 17.62 mata kepada 8,985.34, manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan melonjak 0.25 mata kepada 184.43.

