DBS BANK BERDEPAN SAMAN S$1.30 BILION BERKAITAN 1MDB

HomeFeaturedJenayah

DBS BANK BERDEPAN SAMAN S$1.30 BILION BERKAITAN 1MDB

SINGAPURA,. Bank terbesar Singapura DBS Bank Ltd berdepan saman yang menuntut ganti rugi dianggarkan S$1.30 bilion (S$1=RM3.22) berkaitan 1Malaysia De

Destini perkukuh keupayaan pendigitalan MRO kereta api di Malaysia bersama Siemens Mobility
Seorang maut, tiga cedera cuaca buruk di Jawa Timur
JAKOA akan salur bantuan awal kepada mangsa kebakaran Kampung Orang Asli Teluk Jawa

SINGAPURA,. Bank terbesar Singapura DBS Bank Ltd berdepan saman yang menuntut ganti rugi dianggarkan S$1.30 bilion (S$1=RM3.22) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam kenyataan pada Rabu, bank itu memaklumkan bahawa saman berkenaan difailkan oleh penyelesai bagi pihak empat syarikat iaitu Affinity Equity International Partners Ltd, Blackrock Commodities (Global) Ltd, Platinum Global Luxury Services Ltd dan TKIL Global Investments Ltd.

Penyelesai berkenaan ialah Jason Aleksander Kardachi dan Karnjote Singh s/o Jarmal Singh.

DBS berkata pihaknya mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang, menolak tuntutan berkenaan secara tegas dan akan mempertahankannya dengan bersungguh-sungguh.

“Adalah menjadi rekod awam bahawa usaha mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB dilaksanakan di peringkat global dengan sokongan penasihat undang-undang sejak 2018.

“Sepanjang tempoh itu, tiada sebarang tuntutan dibuat terhadap DBS,” menurut bank itu sambil menambah bahawa berdasarkan penilaiannya, tiada peruntukan perlu dibuat pada peringkat ini.

— BERNAMA