Seorang maut, tiga cedera cuaca buruk di Jawa Timur

HomeFeaturedBerita Semasa

Seorang maut, tiga cedera cuaca buruk di Jawa Timur

JAKARTA,. Cuaca buruk termasuk hujan lebat dan angin kencang di Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur, meragut satu nyawa dan mencederakan tiga orang, menuru

Banjir Nepal: Lumpur tebal, mangsa terperangkap dalam terowong sukarkan misi menyelamat
Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor berkenan saksikan pemeteraian MoU pembangunan bandar pintar Selangor
Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan enam negeri hingga 3 petang

JAKARTA,. Cuaca buruk termasuk hujan lebat dan angin kencang di Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur, meragut satu nyawa dan mencederakan tiga orang, menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Ketua Pusat Data, Penerangan dan Komunikasi Bencana BNPB Abdul Muhari berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang waktu tempatan pada Ahad, menjejaskan sebuah kampung dan dua kawasan perumahan di 10 daerah.

“Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Pasuruan melaporkan seorang penduduk maut manakala tiga lagi cedera ringan dengan penilaian kerosakan material masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Abdul Muhari berkata kejadian itu adalah antara beberapa bencana yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam hingga 7 pagi Isnin, iaitu banjir dan cuaca buruk mempengaruhi insiden yang dilaporkan.

Beliau berkata di ibu negara Jakarta, 23 kawasan perumahan di tiga daerah masih dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 7 Mac lepas menyebabkan 122 orang terpaksa berpindah sementara ke lokasi lebih selamat.

Beliau berkata pemantauan pada Ahad menunjukkan banjir di kawasan perumahan dan beberapa jalan telah beransur surut.

“Sebagai tindak balas kepada banjir, BNPB telah mengagihkan bekalan makanan dan bantuan bukan makanan, termasuk selimut dan tilam, kepada penduduk terjejas, manakala operasi pembenihan awan dilakukan bagi mengurangkan potensi hujan lebat di kawasan Jabodetabek,” katanya.

Di bandar Tangerang, wilayah Banten, hujan lebat dan angin kencang turut menyebabkan banjir di beberapa lokasi di 10 daerah, dengan 80 isi rumah kehilangan tempat tinggal buat sementara waktu.

Sementara itu, di negeri jiran Tangerang Selatan, beliau berkata banjir direkodkan pada 1.32 pagi Ahad, menjejaskan empat kawasan perumahan di dua daerah dan meninggalkan kesan pada 1,118 isi rumah. Bah surut pada hari yang sama.

–BERNAMA