Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 m

Malaysia mahu kerjasama pertahanan ASEAN-Jepun lebih bersepadu – Mohamed Khaled
Mydin jangka kurangkan pekerja dengan pusat agihan automasi baharu bernilai RM447 juta
Perlu akta khas pasaran digital tangani risiko penipuan, eksploitasi data

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Melaka, Negeri Sembilan dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera), Johor (Tangkak, Segamat dan Muar), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

–BERNAMA