PRESIDEN INDONESIA TIBA DI DELHI UNTUK HADIRI SIDANG KEMUNCAK BRICS

HomeFeaturedBerita Semasa

PRESIDEN INDONESIA TIBA DI DELHI UNTUK HADIRI SIDANG KEMUNCAK BRICS

HYDERABAD,. Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Jumaat malam bagi menyertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang berlangsung di ibu

TRUMP TANGGUH TARIF 50 PERATUS KE ATAS KANADA SELAMA TIGA HARI
THAILAND LANCAR SUBSIDI TENAGA SURIA UNTUK SEJUTA ISI RUMAH
Koperasi Malaysia kekal stabil, KUSKOP perkasa bantuan hadapi krisis global

HYDERABAD,. Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Jumaat malam bagi menyertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang berlangsung di ibu negara India itu pada Sabtu dan Ahad.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Negara bagi Arang Batu India Satish Chandra Dubey.

Kali terakhir Prabowo melawat India pada Januari 2025 apabila beliau menjadi tetamu kehormat pada perbarisan Hari Republik.

India menganjurkan mesyuarat kepimpinan BRICS tahun ini di bawah tema “Membina untuk Daya Tahan, Inovasi, Kerjasama dan Kelestarian”.

Turut tiba pada Jumaat termasuk Presiden Burundi Evariste Ndayishimiye, yang mewakili Kesatuan Afrika pada Sidang Kemuncak BRICS berkenaan.

— BERNAMA