ABM jamin ketersediaan perbankan utama semasa PKP

ABM jamin ketersediaan perbankan utama semasa PKP

KUALA LUMPUR,. Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankan penting bank anggotanya termasuk pemprosesan dan kelulusan pinjaman akan terus disediakan sementara negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ABM dalam satu kenyataan hari ini, berkata bank anggotanya tetap teguh dan komited untuk membantu pelanggan bank, sama ada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat korporat.

Bagaimanapun, persatuan itu berkata meskipun perkhidmatan perbankan semasa PKP masih berjalan, masa pemprosesan untuk permohonan pinjaman mungkin mengalami beberapa penangguhan kerana perkhidmatan tertentu yang berkaitan seperti penilaian dan kelulusan sedang mengalami gangguan perkhidmatan.

“Kami juga mahu memaklumkan pelanggan bank bahawa pemprosesan permohonan pinjaman terpaksa dibuat di luar kawasan permohonan semasa PKP bagi mengelakkan sebarang kelewatan serta penangguhan,” katanya lagi.

Selain itu, berikutan jumlah panggilan dan e-mel yang diterima terlalu banyak, terdapat juga kelewatan dalam menjawab panggilan atau jawapan e-mel yang disediakan oleh pusat hubungan pelanggan.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh melawat tapak web ABM pada : https //www.abm.org.my/assistance-for-eligibleborrowers-affected-by-covid-19.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )