“ANGSI FOREST CHALLENGE 2026” TARIK LEBIH 900 PESERTA

HomeFeaturedBerita Semasa

“ANGSI FOREST CHALLENGE 2026” TARIK LEBIH 900 PESERTA

KUALA PILAH,. Lebih 900 orang termasuk 45 peserta antarabangsa dari lapan negara mengambil bahagian dalam Angsi Forest Challenge (AFC) 2026 edisi keem

Tugas pertahan kedaulatan negara tanggungjawab bersama – Khaled
Seorang ditemukan pencarian dua lagi diteruskan Pantai Tanjung Lompat
Ringgit dibuka susut berbanding dolar pada pagi ini

KUALA PILAH,. Lebih 900 orang termasuk 45 peserta antarabangsa dari lapan negara mengambil bahagian dalam Angsi Forest Challenge (AFC) 2026 edisi keempat di Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini, hari ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan Ts Mohd Yussainy Md Yusop berkata acara larian denai itu dianjurkan bersama-sama kerajaan negeri dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan untuk mempromosikan sukan tersebut serta memperkenalkan keunikan Hutan Simpan Kekal (HSK) sebagai satu daripada produk ekopelancongan popular.

Beliau berkata penyertaan luar negara kali ini melibatkan peserta dari United Kingdom, Thailand, India, Filipina, Indonesia, Perancis, Singapura dan Kazakhstan.

“Bagi edisi kali ini, kita turut memberi penekanan terhadap pengurusan risiko keselamatan menerusi pengenalan Job Hazard Analysis (JHA).

“Petugas jabatan turun ke lapangan bagi mengenal pasti risiko denai demi memastikan keselamatan peserta dan memupuk kesedaran memelihara alam sekitar,” katanya ketika kepada Bernama di sini.

AFC 2026 mempertandingkan kategori 50 kilometer (km) dan 25 km, selain 14 km, 6 km serta Kids Trail sejauh 2 km bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Mohd Yussainy berkata kategori Kids Trail yang diperkenalkan buat julung kali itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 50 penyertaan, sekali gus memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap sukan larian denai.

Mengulas perkembangan ekopelancongan di Taman Eko Ulu Bendul, beliau berkata jumlah pengunjung ke kawasan berkenaan meningkat lebih 10 peratus setakat September ini, berbanding 203,505 orang pada tahun lepas.

Beliau berkata kawasan pelancongan tersebut telah menerima peruntukan di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berjumlah 13.5 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Penambahbaikan fasiliti itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun (2029) bagi menyediakan kemudahan lebih baik kepada penggemar aktiviti rekreasi serta pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya.

— BERNAMA