ANWAR TIBA DI MALDIVES BAGI LAWATAN RASMI DUA HARI

HomeFeaturedBerita Semasa

ANWAR TIBA DI MALDIVES BAGI LAWATAN RASMI DUA HARI

MALE (MALDIVES),. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Maldives malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari yang dijangka memperkukuh

Marapi meletus, Semeru catat beberapa letusan di Indonesia
APMM PEROLEH TUJUH KENDERAAN PENGKALAN HADAPAN CARILAMAT BERMULA TAHUN INI
Permintaan berterusan, harga minyak sawit diunjur kukuh hingga 2026

MALE (MALDIVES),. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Maldives malam ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari yang dijangka memperkukuh hubungan dua hala yang terjalin sejak 1968.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di sini pada 8.12 malam waktu tempatan (11.12 malam waktu Malaysia), dan ketibaan beliau disambut oleh Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu.

Kehadiran Muizzu secara langsung mencerminkan kemesraan dan hubungan baik antara kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan serta delegasi Malaysia.

Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka dan Maldives Badli Hisham Adam, Menteri Hal Ehwal Agama Maldives Dr Mohamed Shaheem Ali Saeed sebagai menteri pengiring serta pegawai kanan kedua-dua negara.