Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April

HomeFeaturedBerita Semasa

Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April

KUALA LUMPUR,. Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan ne

Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen
BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara
Anwar ucap tahniah kepada PM India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah

KUALA LUMPUR,. Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang.

Agensi Berita Arab Saudi melaporkan pada Rabu bahawa Kementerian Dalam Negeri memaklumkan langkah itu terpakai kepada pemegang semua jenis visa lawatan, termasuk visa Umrah, transit, dan visa keluar akhir.

Menurut laporan itu, pemegang visa yang visanya telah tamat tempoh bermula 25 Feb, boleh memilih untuk menyambung tempoh tinggal sehingga 18 April selepas membayar yuran mandatori melalui platform Absher atau meninggalkan negara itu serta-merta melalui pintu keluar antarabangsa tanpa perlu melakukan penyambungan tempoh, membayar yuran, atau denda lewat.

Kementerian itu turut menggesa semua pemegang visa yang terjejas supaya mematuhi arahan berkenaan dan meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan kerajaan itu.

— BERNAMA