AsiaOne Magazine iktiraf Vinod Sekhar sebagai individu Terbaik 2020-2021

AsiaOne Magazine iktiraf Vinod Sekhar sebagai individu Terbaik 2020-2021

KUALA LUMPUR,. AsiaOne Magazine menyampaikan Anugerah Individu Terbaik 2020-2021 kepada Pengerusi dan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petra Group Datuk Dr Vinod Sekhar pada Forum Sosial dan Perniagaan Asia Edisi ke-14.

Menurut portal berita Vinod, ‘The Vibes’, anugerah itu merupakan penghargaan ke atas dedikasi beliau terhadap kapitalisme sosial dan usaha teladan dalam membawa perubahan positif ke dalam kehidupan rakyat, impak kepada masyarakat dan seterusnya membuat perbezaan yang besar serta perubahan inklusif dalam paradigma sosio-ekonomi.

Anugerah itu juga mengiktiraf kerja-kerja Yayasan Sekhar, yang memberi kesan ke atas hidup lebih 15,000 individu di seluruh dunia setiap tahun melalui inisiatif yang menekankan kepentingan program pendidikan, penciptaan pekerjaan termasuk kualiti hidup yang lebih baik sepanjang masa.

Sementara itu, Vinod berkata sebagai rakyat Malaysia, beliau bangga dan terharu dengan penghargaan tersebut.

“Bagaimanapun, saya ingin mengatakan bahawa ini adalah anugerah yang saya terima bagi pihak Petra Group secara keseluruhan memandangkan kejayaan saya ini hadir di belakang pasukan yang agak menakjubkan,” katanya.

Pengiktirafan Individu Terbaik ini adalah sebahagian daripada anugerah tahunan Jenama dan Pemimpin Terhebat Dunia majalah itu yang mula diperkenalkan pada 2015.

Pemilihan dibuat melalui proses penyelidikan yang teliti, cadangan pembaca, undian dalam talian, penilaian data serta pemilihan dari panel yang turut disertai tokoh pemenang sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )