‘Beribu sudah cuba sekat Messi’

‘Beribu sudah cuba sekat Messi’

LISBON,. Pemain tengah Bayern Munich, Leon Goretzka berkata gergasi Jerman itu sedang berusaha untuk mengekang bintang legenda Barcelona, Lionel Messi menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Sabtu ini.

“Beribu yang lain sebelum saya cuba menjawab persoalan ini,” kata Goretzka apabila ditanya mengenai cara menyekat Messi.

“Ia sesuatu yang bagus – selepas bermain menentang (bintang Juventus, Cristiano) Ronaldo beberapa kali – kemudian bermain menentang pemain yang hebat dalam dekad ini.

“Itu hanya boleh dilakukan secara berpasukan,” kata pemain tengah pertahanan berusia 25 tahun itu mengenai Messi, “kerana dia pemain bola sepak berbakat.”

“Saya tidak tahu bagaimana, tetapi kami perlu memberi mereka tekanan.”

Messi meledak gol ke-31 musim ini Sabtu lalu dan boleh merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali kelima sepanjang kariernya di Barcelona.

Bayern yang mengejar kejuaraan ketiga sudah menang semua 13 perlawanan sejak perintah berkurung kerana COVID-19 ditamatkan.

Mereka menampilkan persembahan hebat apabila Robert Lewandowski, penjaring terbanyak Liga Juara-Juara meledak dua gol dan mencipta dua lagi pada kelompok pusingan kedua kelompok 16 terakhir untuk menewaskan Chelsea 7-1 secara agregat.

Bayern kini mengejar tiga kejuaraan selepas menang lapan kali gelaran liga berturut-turut selain Piala Jerman, namun Goretzka berkata Barcelona adalah ujian sebenar skuad itu.

“Tiada apa yang mudah ketika ini. Kami berada di Portugal dan bersedia untuk saingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )