BNM semak semula dasar untuk perkukuh piawaian ketelusan bagi platform digital

HomeFeaturedBusiness

BNM semak semula dasar untuk perkukuh piawaian ketelusan bagi platform digital

​KUALA LUMPUR,. Dokumen dasar yang disemak semula mengenai ketelusan dan pendedahan produk menetapkan piawaian bagi pengendali platform digital mended

Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

​KUALA LUMPUR,. Dokumen dasar yang disemak semula mengenai ketelusan dan pendedahan produk menetapkan piawaian bagi pengendali platform digital mendedahkan maklumat penting kepada pengguna sepanjang kitaran hayat produk, kata jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata platform digital perlu memastikan bahan promosi adalah jelas dan tidak mengelirukan, selain menggariskan keperluan pendedahan khusus produk bagi produk kewangan.

“Tiga prinsip pendedahan utama ialah pendedahan mestilah tepat pada masanya, jelas dan ringkas; maklumat yang disalurkan mestilah tepat, relevan dan mencukupi; selain pendedahan mestilah konsisten dan setanding,” katanya pada Bengkel Media BNM bertajuk ‘Meningkatkan Piawaian Bagi Pengguna: Perlindungan Lebih Kukuh dan Pembaharuan Tatakelakuan Lebih Saksama” di Sasana Kijang hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa pindaan kepada dasar ketelusan dan pendedaha produk termasuk pengenalan keperluan pendedahan digital, bertujuan memastikan semua pendedahan produk menerusi saluran digital adalah serasi dan dioptimumkan untuk medium yang digunakan.

“Ini termasuk memastikan pengguna menerima bantuan secukupnya dalam persekitaran digital, seperti menerusi talian penting, sembang langsung dan alat interaktif lain.

“Satu lagi perkara penting ialah meningkatkan keperluan untuk berkongsi maklumat pelanggan bagi aktiviti pemasaran dan promosi, bertujuan memberikan pengguna kawalan yang lebih besar serta melindungi privasi mereka,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan (FSP) juga mesti mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada pengguna sebelum mendedahkan maklumat mereka kepada entiti kumpulan atau pihak ketiga bagi tujuan pemasaran.

“Persetujuan sedemikian juga mesti khusus, sukarela, eksplisit dan boleh dibatalkan,” katanya.

Satu lagi tumpuan pindaan tersebut ialah mengukuhkan keperluan bagi Lembaran Pendedahan Produk (PDS), memastikan ciri-ciri produk utama, risiko dan terma dibentangkan dengan jelas serta ringkas.

“FSP mesti mengambil langkah-langkah berasaskan risiko yang mencukupi bagi memastikan pengguna membaca dan memahami PDS sebelum memeterai kontrak.

“Akhir sekali, templat PDS yang mengikut piawaian memastikan keseragaman dan kemudahan perbandingan untuk pengguna merentasi FSP berbeza, dengan FSP dikehendaki mengikut format PDS yang ditetapkan dan mematuhi parameter yang ditetapkan,” katanya.

SUMBER;

–BERNAMA