Bursa dibuka rendah dan bercampur – campur

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka rendah dan bercampur – campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin apabila pelabur menimbang prestasi kukuh pasaran serantau dengan kebimbangan berterusa

Bursa dibuka rendah pada awalnya kembali tinggi dengan aktiviti belian saham pada harga rendah
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin apabila pelabur menimbang prestasi kukuh pasaran serantau dengan kebimbangan berterusan terhadap pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung kepada dasar monetari lebih ketat serta hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.27 mata atau 0.19 peratus kepada 1,662.29 daripada 1,665.56 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.36 mata lebih rendah pada 1,664.20.

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan kekal positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 223 berbanding 185, manakala 324 kaunter tidak berubah, 2,150 tidak diniagakan dan 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan mencecah 250.83 juta saham bernilai RM129.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Fed mempunyai ruang yang semakin terhad dalam menentukan hala tuju dasar monetari berikutan harga minyak mentah yang masih tinggi.

Katanya, usaha bank pusat AS itu untuk meredakan kebimbangan mengenai hubungannya dengan Presiden AS, Donald Trump, bagaimanapun boleh memberikan kesan positif dalam jangka panjang.

Beliau berkata, hasil bon Perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun kekal sekitar 5.0 peratus, paras tertinggi sejak 2007.

Di pasaran tempatan, Pak Leng berkata FBM KLCI terus mengalami tekanan dan susut kira-kira 40 mata sepanjang minggu lalu berikutan peningkatan jualan oleh pelabur asing, sejajar kelemahan pasaran serantau.

“Bagaimanapun, kami menjangka indeks akan kekal dalam fasa pembetulan dalam julat 1,660 hingga 1,680 hari ini.

“Sementara itu, harga minyak mentah menurun dengan Brent menyusut kepada AS$103 (RM420.19) setong berikutan Arab Saudi berjaya menangani gangguan bekalan,” katanya.

Kadar tukaran semasa yang digunakan ialah sekitar AS$1 bersamaan RM4.0795.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.36 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.77.

CIMB pula turun tiga sen kepada RM7.60, Tenaga Nasional susut 12 sen kepada RM12.92 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM7.63.

Bagi saham aktif, Zetrix AI susut satu sen kepada 19 sen, manakala AirAsia dan Butterfield masing-masing naik dua sen kepada 55 sen dan 48 sen.

FSBM menambah satu sen kepada 7.5 sen, manakala Capital A meningkat 1.5 sen kepada 25 sen.

Antara kaunter paling untung ialah Fraser & Neave yang melonjak 34 sen kepada RM23, Solarvest naik 24 sen kepada RM3.57, Samaiden menambah 23 sen kepada RM2.18 dan Hong Leong Bank meningkat 20 sen kepada RM22.74.

Pekat pula naik 12 sen kepada RM2.23.

Kaunter paling rugi termasuk Malaysian Pacific Industries yang susut 80 sen kepada RM42, Nestle turun 78 sen kepada RM88.80 dan Sunway Construction merosot 48 sen kepada RM7.40.

Time Dotcom berkurangan 47 sen kepada RM5.94, manakala QL Resources susut 27 sen kepada RM3.92.

Di papan indeks, FBM Emas turun 40.88 mata kepada 12,370.84 dan FBM Top 100 susut 44.71 mata kepada 12,165.66.

FBM Mid 70 merosot 152.20 mata kepada 17,691.81 dan FBM Emas Shariah turun 66.76 mata kepada 12,245.23, manakala FBM ACE meningkat 32.54 mata kepada 5,277.14.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.01 mata kepada 184.23, manakala Indeks Tenaga naik 1.21 mata kepada 821.83.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.22 mata kepada 19,420.86, manakala Indeks Perladangan turun 4.25 mata kepada 9,492.19.

— BERNAMA