Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan

BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG
Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Malacca Securities menjangkakan sentimen berhati-hati akan berterusan di bursa tempatan, dengan pelabur dijangka kekal selektif dalam memilih saham yang berpotensi mendapat manfaat daripada Belanjawan 2027.

Pada 9.10 pagi, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 6.21 mata atau 0.38 peratus kepada 1,611.80 berbanding paras 1,618.01 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.39 mata lebih rendah pada 1,616.62.

Sentimen pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 125, manakala 274 kaunter tidak berubah, 2,134 tidak diniagakan dan 21 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 263.66 juta unit bernilai RM130.24 juta.

Firma pembrokeran itu berkata pasaran Wall Street dan Asia ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan kenaikan harga minyak selepas serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh, selain menjelang musim pengumuman keputusan kewangan suku ketiga syarikat AS.

Pasaran turut dibayangi kebimbangan berterusan terhadap saham teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penilaian saham yang tinggi, ketika kos pembiayaan AI meningkat.

“Dengan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak yang kembali meningkat, kami menjangkakan sentimen berhati-hati akan turut mempengaruhi bursa tempatan.

“Kalangan pelabur dijangka kekal selektif dalam memilih saham yang berpotensi mendapat manfaat selepas Belanjawan 2027, dan kami berpandangan positif terhadap syarikat pembinaan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM4.27, Maybank menambah satu sen kepada RM9.96, manakala PPB naik enam sen kepada RM9.10. Nestle tidak berubah pada RM91.10, manakala IOI Corporation susut satu sen kepada RM4.56.

Bagi saham aktif, Zetrix AI dan SLGC masing-masing tidak berubah pada 7.5 sen dan 24.5 sen. JAKS Resources susut setengah sen kepada 16.5 sen, manakala Land & General turun satu sen kepada 18 sen. Mestron pula meningkat setengah sen kepada 8.5 sen.

Antara saham paling untung, Critical meningkat 10 sen kepada RM2.85, Hengyuan Refining naik lapan sen kepada RM3.63, manakala MN Holdings, Oriental Interest dan United Malacca masing-masing menambah tujuh sen kepada RM4.03, RM1.30 dan RM6.04.

Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific dan PJ Bumi masing-masing susut 34 sen kepada RM42.68 dan RM3.96. UMS merosot 28 sen kepada RM8.62, MI Technovation turun 25 sen kepada RM6.77, manakala Petronas Dagangan susut 22 sen kepada RM19.16.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 susut 69.37 mata kepada 17,412.79, manakala Indeks FBM Emas turun 48.29 mata kepada 12,056.41. Indeks FBM Top 100 merosot 46.06 mata kepada 11,841.78, Indeks FBM Emas Syariah turun 64.08 mata kepada 12,066.99, manakala Indeks FBM ACE susut 34.43 mata kepada 5,526.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 30.99 mata kepada 18,563.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.45 mata kepada 179.32, manakala Indeks Perladangan merosot 7.04 mata kepada 8,8804.86. Indeks Tenaga pula meningkat 0.85 mata kepada 835.01.

— BERNAMA