Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong minat belian terhadap saham wajaran tinggi, khususnya kaunter pr

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka rendah pada awal dagangan
Bursa dibuka rendah pada awalnya kembali tinggi dengan aktiviti belian saham pada harga rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong minat belian terhadap saham wajaran tinggi, khususnya kaunter produk perindustrian dan utiliti, walaupun Wall Street mencatat prestasi suram semalaman.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.64 mata kepada 1,723.34 berbanding 1,721.70 ketika ditutup semalam.

Indeks utama itu dibuka naik 1.55 mata kepada 1,723.25.

Sentimen pasaran secara keseluruhan kekal positif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 234 berbanding 179, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,997 tidak diniagakan dan 49 digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 247.93 juta unit bernilai RM144.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup rendah selepas harga minyak mentah melonjak, dengan minyak mentah Brent mencecah AS$105 setong susulan perkembangan terkini di Asia Barat.

“Sentimen juga dijejaskan oleh prestasi perolehan pendapatan syarikat perisian yang kurang memberangsangkan,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata sentimen pasaran tempatan kekal berhati-hati, dengan indeks utama dijangka bergerak dalam julat 1,710 hingga 1,730 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM11.18, Public Bank turun dua sen kepada RM4.82, manakala Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.68.

CIMB Group menambah satu sen kepada RM7.79, IHH Healthcare susut satu sen kepada RM8.84, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM5.63 dan Press Metal Aluminium menokok tiga sen kepada RM8.10.

Bagi saham aktif, SMRT Holdings mendatar pada 16.5 sen, AirAsia X kekal pada RM1.23, VS Industry naik satu sen kepada 21.5 sen, Zetrix AI turun setengah sen kepada 86 sen dan Top Glove menambah satu sen kepada 76 sen.

Antara kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries melonjak 82 sen kepada RM37.16, Vitrox Corporation naik 17 sen kepada RM5.15, manakala Kelington Group dan UMS Integration masing-masing meningkat lapan sen kepada RM6.06 dan RM6.29. KESM Industries turut meraih lapan sen kepada RM3.37.

Bagi kaunter rugi utama, United Plantations susut 44 sen kepada RM32.14, Chin Teck Plantations turun 28 sen kepada RM10.82, Allianz Malaysia merosot 18 sen kepada RM21.10, Hong Leong Bank berkurangan 16 sen kepada RM22.70 dan Can-One susut 12 sen kepada RM1.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 4.91 mata kepada 12,701.25, Indeks FBMT 100 susut 7.67 mata kepada 12,539.26, manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 7.04 mata kepada 12,572.40.

Indeks FBM 70 merosot 17.92 mata kepada 17,998.33 dan Indeks FBM ACE menambah 0.82 mata kepada 4,636.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 53.91 mata kepada 20,228.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.87 mata kepada 190.83, Indeks Tenaga naik 4.96 mata kepada 833.05, manakala Indeks Perladangan menguncup 26.09 mata kepada 8,854.49.