Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau susulan sentimen yang semakin baik didorong pert

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan
Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau susulan sentimen yang semakin baik didorong pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.

Pasaran ditutup pada 17 dan 18 Februari lalu sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.83 mata atau 0.39 peratus kepada 1,748.09 berbanding 1,741.26 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 6.82 mata lebih tinggi kepada 1,748.08.

Secara keseluruhan, pasaran adalah positif apabila kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 186 berbanding 112, manakala 298 kaunter tidak berubah, 2,141 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 108.90 juta unit bernilai RM77.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Indeks Hang Seng Hong Kong dibuka lebih kukuh, meningkat 0.52 peratus kepada 26,705.94 mata, dengan peniaga kekal optimis aliran meningkat itu akan berterusan.

“Di peringkat tempatan, jumlah dagangan harian FBM KLCI kekal rendah pada sekitar 1.80 bilion saham semasa penutupan baru-baru ini, jelas menunjukkan ketiadaan penyertaan runcit.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks mengekalkan peningkatan dan alirannya dalam julat 1,740 hingga 1,750, disokong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat Malaysia yang kukuh sebanyak 6.3 peratus, melebihi jangkaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Wall Street ditutup lebih tinggi, kebanyakannya diterajui saham teknologi, susulan pengumuman minit mesyuarat dasar Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat, dengan majoriti peserta bersetuju mengekalkan kadar faedah pada paras semasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing naik enam sen kepada RM12 dan RM8.44, Public Bank meningkat satu sen kepada RM5.06 dan IHH Healthcare menokok 11 sen kepada RM8.93, manakala Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM14.32.

Bagi saham paling aktif, TWL dan Hubline tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 3.5 sen, Zetrix AI naik tiga sen kepada 88 sen, OCR Group turun setengah sen kepada 4.5 sen, manakala Magma menokok 0.5 sen kepada 32.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries menambah 38 sen kepada RM30.36, Petronas Dagangan melonjak 24 sen kepada RM20.86, Hong Leong Bank naik 14 sen kepada RM24.10, PPB menambah 12 sen kepada RM11.16 dan IOI Properties meningkat 11 sen kepada RM3.62.

Selain Tenaga Nasional, antara kaunter paling rugi ialah United Plantations yang susut 20 sen kepada RM29.62, IGB merosot 15 sen kepada RM3.65, 99 Speed Mart berkurangan tujuh sen kepada RM3.66 dan ITMax turun tiga sen kepada RM4.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 naik 51.54 mata kepada 12,630.76, Indeks FBM Emas meningkat 51.18 mata kepada 12,807.73, Indeks FBM Mid 70 menambah 82.33 mata kepada 17,680.92 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 49.73 mata kepada 12,358.83, manakala Indeks FBM ACE turun 6.53 mata kepada 4,766.26.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 88.09 mata kepada 21,446.51, Indeks Perladangan menambah 14.07 mata kepada 8,374.42, Indeks Tenaga meningkat 5.21 mata kepada 760.03 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.41 mata kepada 177.67.

–BERNAMA