KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.Pada 9.10 pagi, FT
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.15 mata atau 0.45 peratus kepada 1,611.51 daripada 1,604.36 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,607.34.
Dalam pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 320 berbanding 83 manakala 224 kaunter tidak berubah, 2,266 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 170.67 juta unit bernilai RM82.40 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street melantun semula untuk ditutup lebih tinggi berikutan peniaga menantikan beberapa laporan pendapatan korporat dalam tempoh beberapa hari akan datang.
“Di peringkat domestik, FBM KLCI menyusut di tengah-tengah aktiviti penjualan yang berterusan oleh pelabur asing.
“Minat belian kekal perlahan apabila harga minyak mentah terus meningkat kepada US$115 setong. Tanpa pemangkin baharu, kami menjangkakan indeks itu diniagakan dalam jajaran kecil antara 1,600 hingga 1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing meningkat enam sen kepada RM10.04 dan RM7.16, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.76, Tenaga Nasional menokok dua sen kepada RM13.30 manakala IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM7.85.
Dalam dagangan aktif, Dataprep dan Matang tidak berubah masing-masing pada 4.5 sen dan tujuh sen, Axteria meningkat 1.5 sen kepada 21 sen, V.S Industry menokok satu sen kepada 34.5 sen manakala Zetrix AI susut setengah sen kepada tujuh sen.
Malaysian Pacific Industries mendahului senarai kaunter paling untung apabila meningkat 50 sen kepada RM41.08, ViTrox Corporation menokok 22 sen kepada RM10.94, UMS Integration naik 20 sen kepada RM7.40, Hong Leong Bank meningkat 18 sen kepada RM21.38 dan Pentamaster Corporation menokok 17 sen kepada RM5.79.
Kaunter paling rugi menyaksikan Kuala Lumpur Kepong susut 20 sen kepada RM20.20, Coastal Contracts turun lima sen kepada RM1.65 manakala Binastra Corporation, Peterlabs dan Kerjaya Prospek masing-masing menurun tiga sen kepada RM2.62, 23 sen dan RM3.41.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 55.22 mata kepada 12,032.22 manakala Indeks FBM Top 100 naik 53.80 mata kepada 11,828.74.
Indeks FBM Mid 70 menokok 84.27 mata kepada 17,347.81, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 41.25 mata kepada 12,016.04 manakala Indeks FBM ACE naik 37.09 mata kepada 5,430.75.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.70 mata kepada 176.11, Indeks Tenaga naik 4.18 mata kepada 852.91, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 106.60 mata kepada 18,680.46 dan Indeks Perladangan meningkat 6.18 mata kepada 8,630.15.
–BERNAMA

