CelcomDigi tawar sambungan 5G sangat pantas kepada pengembara ke luar negara

CelcomDigi tawar sambungan 5G sangat pantas kepada pengembara ke luar negara

KUCHING ,. CelcomDigi kini memudahkan pelanggan yang melancong ke destinasi popular seperti Singapura, Indonesia, Thailand atau China untuk menikmati sambungan 5G yang sangat pantas semasa perjalanan.

Roaming 5G tersedia pada Pas Roaming Celcom dan Digi serta disokong di sejumlah 38 negara.

Bagi pelanggan yang melakukan perjalanan lebih jauh, Celcom menawarkan Pas Internet Tanpa Had 30 Hari pada harga RM98, sah di 57 negara.

Pelanggan Digi sebaliknya, boleh memanfaatkan World Pass 30 Hari yang disertakan dengan Internet berkelajuan tinggi 30GB pada harga RM95, sah di 69 negara.

Bagi pengembara jangka pendek, Celcom dan Digi menawarkan pelbagai pas roaming harian dan mingguan untuk memenuhi keperluan perjalanan mereka.

Pelanggan Celcom boleh menikmati Pas Internet Tanpa Had selama tujuh hari dengan hanya RM58.

Sementara pelanggan Digi boleh menggunakan roaming di Asia dan banyak lagi dengan Internet 2GB dan panggilan 30 minit, dengan tempoh sah tiga hari dari serendah RM25.

Dalam pada itu, pelanggan yang melawat Singapura, Indonesia dan Thailand akan mendapat lebih banyak manfaat dengan bonus kuota Internet 2GB.

Semua pas roaming yang ditawarkan pada masa ini menyokong Internet 5G dan 4G supaya pelanggan boleh menggunakannya di seluruh dunia tanpa sebarang kerisauan.

Kedua-dua pelanggan Celcom dan Digi boleh membeli pas roaming melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi sebelum hari berlepas, dan segera menikmati Internet roaming sebaik tiba di negara destinasi.

Untuk menikmati roaming 5G di negara-negara terbabit, pengembara perlu memastikan bahawa akses 5G telah diaktifkan pada pelan mudah alih mereka secara tempatan sebelum berlepas, selain mempunyai peranti berdaya 5G bersama mereka semasa dalam perjalanan.

Untuk mula menggunakan roaming di peringkat antarabangsa pada 5G, daftar untuk Pas Roaming 30 Hari, tujuh hari dan satu hari Celcom dan Digi.

Pengembara hanya perlu menyemak imbas aplikasi Celcom Life dan MyDigi untuk memilih dan pratempah pas roaming pilihan mereka.

Nantikan CelcomDigi kerana pihaknya membolehkan roaming 5G di lebih banyak di negara destinasi dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran ini, untuk mendaftar, atau untuk senarai penuh negara yang ditawarkan di bawah Pas Roaming, sila layari https://celcom.com.my/personal/roaming/postpaid dan https://digi.my/roamingpass.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )