Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam keadaan sentimen bercampur-campur dan harga minyak yang lebih lemah, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1170/1190 berbanding dolar AS daripada 4.1165/1175 sewaktu ditutup pada Rabu.

Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent turun 0.55 peratus kepada AS$71.82 setong.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata pelabur akan memantau rapat data Indeks Harga Pengguna (IHP) Teras dan Tuntuan Penggangguran Awal daripada AS yang dijangka menjadi penggerak pasaran hari ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat kepada 3.1074/1091 berbanding dolar Singapura daripada 3.1103/1115 pada penutupan Rabu dan naik berbanding yen kepada 3.7560/7579 daripada 3.7604/7616 semalam.

Unit tempatan itu naik berbanding euro kepada 5.0112/0136 daripada 5.0176/0188 sebelum ini dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8091/8119 daripada 5.8347/8361 sebelum ini.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )