COVID-19: KLM berhentikan sehingga 2,000 pekerja

COVID-19: KLM berhentikan sehingga 2,000 pekerja

THE HAGUE,. Syarikat penerbangan Belanda, KLM akan melaksanakan penstrukturan dengan mengurangkan sehingga 2,000 pekerja berikutan wabak COVID-19 selain mengumumkan pemotongan kos lain.

Ketua Eksekutif KLM, Pieter Elbers, berkata KLM yang mempunyai kira-kira 33,000 pekerja juga akan memendekkan waktu bekerja kakitangan dan menggantung operasi enam pesawat Boeing 747s bermula 1 April.

“Pada bulan-bulan akan datang kami akan mengurangkan 1,500 hingga 2,000 pekerjaan, bermakna bukan sahaja dalam beberapa minggu akan datang, tetapi dalam beberapa bulan akan datang rakan sekerja akan berkurangan,” kata Elbers dalam mesej video yang dipaparkan di laman web KLM.

Pegawai tinggi syarikat penerbangan itu berkata pemberhentian pekerja membabitkan pekerja sambilan, mereka yang akan bersara dan pemberhentian sukarela.

“Kami percaya langkah ini adalah mencukupi untuk memastikan tidak ada pemberhentian secara paksa yang lain,” kata Elbers.

Syarikat penerbangan Belanda, yang bergabung dengan Air France pada 2004, meramalkan bahawa jumlah penerbangan akan turun sebanyak 20 peratus pada Mac dan 30 peratus April ketika syarikat penerbangan itu menggantung penerbangan ke China dan Itali susulan wabak COVID-19.

Air-France KLM memberi amaran pada Selasa bahawa wabak coronavirus akan lebih menyukarkan perniagaan mereka pada bulan-bulan akan datang selepas jumlah penumpang pada Februari menurun sebanyak 0.5 peratus.

Bulan lalu, Air France-KLM menganggarkan coronavirus akan menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian 150 hingga 20 juta euro sehingga April.

Last month, Air France-KLM put the coronavirus cost to the airline at 150-200 million euros up to April.

“Banyak yang berlaku dalam tempoh lima hari lalu,” kata Elbers berikutan jumlah kes global meningkat kepada 140,720 dengan 5,347 kematian di 124 negara dan wilayah. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )