COVID-19: Trump negatif jangkitan coronavirus

COVID-19: Trump negatif jangkitan coronavirus

WASHINGTON,. Presiden Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa beliau negatif coronavirus (COVID-19) selepas menjalani ujian kedua di Rumah Putih, sejak virus berkenaan mula tersebar di Amerika Syarikat (AS).

“Saya baru menjalani ujian pagi ini. Ia mengesahkan bahawa negatif COVID-19, ” katanya pada sidang media.

Ini adalah ujian kedua dijalani Trump, kali ini menggunakan kit ujian pantas yang hanya memerlukan tempoh seminit, manakala keputusan pula diperoleh selepas 15 minit.

“Saya mengambil ujian ini sebab ingin tahu, untuk melihat berapa pantas ia boleh dilakukan. Saya sudah menggunakan kedua-dua kaedah dan ternyata cara kedua lebih baik,” katanya.

Beliau menjalani ujian pertama pada pertengahan Mac lalu, menggunakan kaedah lebih konvensional dengan keputusan hanya boleh didapati dalam tempoh beberapa jam kemudian.

Trump, 73 sebelum ini menolak untuk menjalani ujian malah mendakwa, coronavirus hanyalah virus seakan selsema yang tidak memerlukan penutupan besar-besaran, demi menjamin kedudukan ekonomi.

Ujian pertama ke atas beliau dibuat selepas Presiden AS itu mempunyai kontak dengan beberapa anggota delegasi Presiden Brazil yang disahkan positif COVID-19, usai lawatan ke resort percutian miliknya di Florida. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )