Dua gempa gegar tenggara Taiwan Selasa pagi

TAIPEI,. Dua gempa bumi melanda tenggara Taiwan dalam tempoh dua jam pada Selasa pagi, menurut Biro Cuaca Pusat (CWB).

Gempa dengan kekuatan 4.8 pada skala Richter menggegar Taitung pada pukul 2.37 pagi dengan pusat gempa terletak kira-kira 133.7 kilometer di selatan daerah Taitung pada kedalaman 26.5 kilometer, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA).

Pada 4.4 pagi, satu lagi gegaran melanda Taitung dengan kekuatan 4.9 pada skala Richter.

Menurut CWB kedua-dua gempa itu berlaku hampir di lokasi sama, setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )