ECRL akan operasi pada Januari 2027, Malaysia Rail Link sedia 2,000 tenaga kerja – MOT

HomeFeaturedBerita Semasa

ECRL akan operasi pada Januari 2027, Malaysia Rail Link sedia 2,000 tenaga kerja – MOT

KUALA LUMPUR,. Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Re

224,559 masyarakat Orang Asli terus terima manfaat inisiatif kerajaan – JAKOA
Thailand beri amaran: Pelancong asing langgar undang-undang bakal diusir
HAWANA 2026: PM Anwar zahir penghargaan media tempatan berpegang pada etika dan integriti

KUALA LUMPUR,. Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kementerian itu berkata secara keseluruhan, dianggarkan 2,000 tenaga kerja asas dan pakar diperlukan oleh syarikat pengendali berkenaan di sepanjang jajaran ECRL.

“Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja tersebut wajib diisi oleh warganegara Malaysia.

“Sejak projek pembinaan ECRL bermula, program pembangunan bakat tempatan giat dilaksanakan termasuk peluang latihan di luar negara,” kata MOT dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan dalam laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai bagaimana ECRL mengangkat ekonomi bandar sederhana seperti Temerloh dan peratus peluang pekerjaan tempatan yang disediakan.

Kata MOT, program pembangunan bakat membantu penduduk sekitar dari segi persediaan lonjakan ekonomi dan peluang pekerjaan terutamanya apabila projek ini memasuki fasa kemuncak pembinaan.