Lebih 4,000 majikan sertai Dasar Gaji Progresif tahun lalu

HomeFeaturedBerita Semasa

Lebih 4,000 majikan sertai Dasar Gaji Progresif tahun lalu

KUALA LUMPUR,. Kira-kira 4,025 majikan telah menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) sehingga 31 Disember tahun lalu.Penyertaan itu melibatkan 51,363

Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden – Razlan
Keputusan kes saman keluarga Altantuya: Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Jan 2026
Malaysia perkukuh kedudukan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR,. Kira-kira 4,025 majikan telah menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) sehingga 31 Disember tahun lalu.

Penyertaan itu melibatkan 51,363 pekerja dan memenuhi syarat kenaikan gaji yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kerajaan akan terus meneliti panduan pelaksanaan DGP sehingga tempoh akhir dasar berkenaan pada 2027.

“Jadi tahun ini, insya-Allah saya akan meneliti supaya DGP dapat terus diguna pakai. Kita juga memerlukan kerjasama pihak swasta untuk melaksanakannya dan meneliti supaya gaji pekerja dapat dinaikkan seiring dengan produktiviti yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat, hari ini.

DGP dilaksanakan sebagai sebahagian usaha mereformasikan pasaran buruh negara dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja selari dengan peningkatan produktiviti serta daya saing ekonomi negara.