Ee Wei selamat jalani pembedahan ACL – BAM

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Ee Wei selamat jalani pembedahan ACL – BAM

KUALA LUMPUR,. Beregu campuran negara Toh Ee Wei selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Melbourne, Australia susulan kecederaan ligamen krusiat an

PRN NS: Saingan tiga penjuru meningkat, dua kawasan saksi lima penjuru
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di luar pantai Mindanao, Filipina – Wisma Putra
Program Rancakkan MADANI serlahkan pencapaian kerajaan, tawarkan pelbagai pameran – Fadillah

KUALA LUMPUR,. Beregu campuran negara Toh Ee Wei selamat menjalani pembedahan lutut kiri di Melbourne, Australia susulan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialaminya ketika aksi suku akhir Terbuka Singapura pada Mei lepas.

Persatuan Badminton Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan prosedur pembedahan itu berjaya disempurnakan semalam dan pemain berusia 25 tahun itu kini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan serta rehabilitasi.

“BAM akan terus menyediakan sokongan perubatan dan rehabilitasi yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan Ee Wei, selain mendoakan kejayaan beliau untuk kembali beraksi di gelanggang,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Ee Wei melahirkan rasa syukur apabila pembedahan itu berjalan lancar, selain menghargai sokongan yang diterimanya daripada peminat, rakan seperjuangan dan seluruh komuniti badminton sepanjang tempoh sukar yang dilaluinya.

“Saya lega kerana pembedahan berjalan lancar dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan serta doa yang diberikan. Ia amat bermakna buat saya.

“Fokus saya sekarang adalah menjalani proses rehabilitasi dan saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk pulih. Saya berharap dapat kembali ke gelanggang dengan lebih kuat,” katanya.

SUMBER;

–BERNAMA