Malaysia kekal sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei

HomeFeaturedBerita Semasa

Malaysia kekal sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei

JAKARTA,. Malaysia kekal sebagai sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei, menyumbang 21.58 peratus daripada keseluruhan ketibaan antarab

Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan Karnival LINDUNG Kerjaya@Program Rancakkan MADANI
Pulihkan semula fungsi kehakiman di Bangunan Sultan Abdul Samad – Majlis Peguam
Hubungan dagangan pertanian Malaysia-AS terus berkembang positif

JAKARTA,. Malaysia kekal sebagai sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei, menyumbang 21.58 peratus daripada keseluruhan ketibaan antarabangsa, menurut Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.

Timbalan Statistik Pengedaran dan Perkhidmatan BPS, Ateng Hartono berkata ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat berbanding bulan sebelumnya serta tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah ketibaan pelancong antarabangsa terbesar adalah pelancong dari Malaysia (21.58 peratus), diikuti oleh Australia sebanyak 11.22 peratus dan Singapura pada 9.89 peratus,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube pada Rabu.

Ateng berkata Indonesia merekodkan 1.38 juta ketibaan pelancong asing pada Mei, meningkat 10.69 peratus dari April dan 5.83 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan sebahagian besar daripada mereka memasuki negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

SUMBER;

–BERNAMA